Halaman

Selasa, 27 Mac 2012

kisah katak dengan nabi dawud-riwayat salman al-farisi

dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Dawud A.S telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat, beribadahlah Nabi Dawud di tempat yang dipilihnya selama setahun. setelah genap setahun Nabi Dawud beribadah kepada Allah S.W.T.maka beliau pun berdoa : "Ya Rabbi, ya Tuhanku. telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku, tetapi aku belum tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"
              setelah Nabi Dawud berkata demikian maka Allah S.W.T menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan Nabi Dawud itu.
              firman Allah S.W.T pada katak yang bermaksud : "wahai katak, jawablah pertanyaan hambaku Dawud itu."
              kemudain dengan izin Allah S.W.T maka berkata katak itu: "wahai Nabi Dawud, wahai nabi utusan Allah. apakah yang membuat kamu mengira-ngira pada ibadahmu yang setahun itu, demi Allah yang mengutus kamu menjadi nabi. aku sendiri pun telah hidup di hutan ini selama 30 atau 60 tahun sentiasa bertasbih,bertahmid kepada Tuhan. walau pun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gementar kerana takut kepada Tuhanku."
              setelah Nabi Dawud mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh kesal.
              ada riwayat yang mengatakan kejadian yang sama seperti ini pernah juga terjadi ke atas Nabi Musa A.S dia itu sesudah terjadinya pembunuhan yang tidak disengajakan olehnya.
              kita sebagai hamba Allah tidaklah boleh mengira akan amal-amal yang kita telah buat, sebab kalau kita bandingkan seluruh tubuh kita yang Allah S.W.T ciptakan maka kita tidaklah layak untuk mengira amal kita.tujuan kita hanyalah ikut segala diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangannya, ia adalah tanda sebagai kita mensyukuri segala nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan kepada kita.
             walau pun dari mula kita lahir ke dunia ini sehingga kita meninggal kita sentiasa sahaja membuat amal, maka amal kita itu tidaklah layak bagi kita untuk menebus sebelah mata yang Allah berikan kepada kita. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berbuat amal ibadat tanpa kita hitung semoga kita menjadi yang disayangi oleh Allah,rasul dan para malaikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan